Tuesday, 12 April 2016


HALAMAN UTAMA

POLITEKNIK BALIK PULAU , 
PULAU PINANG
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
21DIP14F1095





NAMA                                        : SHAZWANIS BINTI ABDUL AZIZ

UMUR                                        : 20 TAHUN

TARIKH LAHIR                           : 25 OGOS 1996

TEMPAT LAHIR                          : HOSPITAL KUALA KANGSAR

ALAMAT                                    : NO. 3A , KAWASAN ISTANA KENANGAN ,
                                                   BUKIT CHANDAN ,
                                                   33000 KUALA KANGSAR ,
                                                   PERAK .

TEMPAT LATIHAN INDUSTRI   : WISMA MPKK ,
                                                 MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR ,
                                                 JALAN TAIPING ,
                                                 33000 KUALA KANGSAR ,
                                                 PERAK .



PENGHARGAAN


Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah di berikan , akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama hampir 4bulan seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

     Ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya , Shahilawti binti Jaafar serta ayah saya , Abdul Aziz bin Mohd Noor kerana telah banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk anak-anaknya di dunia dan di akhirat.


     Saya Shazwanis binti Abdul Aziz (21DIP14F1095) dari jurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) peringkat Diploma ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Azri Hisham bin Mohd Yusoff sebagai penyelia saya di  Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) kerana dengan berbesar hatinya menerima saya untuk menjalani Latihan Industri serta memberi saya pengetahuan dan kemahiran yang sangat berguna . Sepanjang 20 minggu berada di Wisma MPKK , saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat kerja dengan cepat berikutan layanan yang mesra daripada warga MPKK .


     Di wisma ini , saya ditempatkan di Jabatan Teknologi Maklumat . Saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Jikalau di Politeknik Balik Pulau, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di Wisma MPKK ini saya telah didedahkan dalam bentuk praktikal dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Praktikal merupakan satu cara untuk mempelajari sesuatu itu dengan lebih terperinci.


Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan laporan latihan industri ini 




Sekian , Terima Kasih .








BAB 1 - PENGENALAN

PENDAHULUAN

Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar semester 4 kursus Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) sebagai syarat penganugerahan sijil diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar pekerjaan  dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) diluar sebagai satu langkah persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2015/2016, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula 30 November 2015 sehingga 15 April 2016.

Saya telah memohon dan telah mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di Jabatan Teknologi Maklumat di Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) . Sepanjang latihan ini, saya telah diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran yang terlibat dalam menguruskan hal-hal dan masalah-masalah yang berkaitan dengan perisian (software) dan perkakasan (hardware). Ilmu yang saya perolehi adalah sangat  membantu saya memahami sesuatu keperluan kerja dan meningkatkan pemahaman akademik dan praktikal dalam bidang ini.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar-pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ini diperakukan untuk penganugerahan diploma dimana-mana pusat pengajian. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di Jabatan-jabatan Kerajaan atau Syarikat-syarikat Swasta selama 20 minggu bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di pusat pengajian.
Seringkali pelajar-pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah di tempuhi. Tujuan utama Latihan Industri ini diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar apabila para pelajar keluar dari politeknik nanti.

Para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan ataupun teori yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika berada di politeknik semasa menjalankan Latihan Industri dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan buah fikiran yang kreatif untuk kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri sendiri juga. Dengan itu, pengalaman yang telah ada ini, mungkin dapat membantu para pelajar untuk pembelajaran pada semester berikutnya dan alam pekerjaan yang sebenar. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara-cara untuk berkomunikasi dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan tempat kerja dan orang sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi dan hubungan baik dengan pekerja industri di mana ini sekali gus dapat menimbulkan rasa bertanggunngjawab terhadap sesuatu amanah (kerja) serta keseimbangan serta dari segala aspek.
     Di samping itu, dengan mengikuti Latihan Industri, para pelajar dapat membaiki kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran secara rasional di dalam menangai masalah yang mana telah di berikan oleh majikan. Semasa menjalankan Latihan Industri, para pelajar dapat menilai kebolehan mereka terhadap kerja yang diterima daripada majikan. Para pelajar dengan sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi.

Semoga dengan adanya Latihan Industri yang di jalankan ini mampu untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan Negara di masa hadapan dan juga mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka mengikut kemahiran yang telah dipelajari. Kesimpulannya, objektif dalam menjalani Latihan Industri ini adalah untuk :

a)  Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
b)  Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
c)   Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
d)   Membenntuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
e)   Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
f)    Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
g)   Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
h)   Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan.


OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Antara beberapa objektif yang dapat ditakrifkan dan diketahui dalam melakukan laporan Latihan Industri ini adalah seperti yang dinyatakan seperti berikut :

  1. Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
  2. Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.
  3. Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.
  4. Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa Latihan Industri. 
  5. Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik. 

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil. Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan adanya Latihan Industri banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki kealam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Jadi agak mudah dan selesa untuk melaksanakan kerja-kerja yang bakal diberikan nanti.

Latihan Industri adalah penting kerana latihan sebegini dapat mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa sesuatu pekerjaan. Selain itu juga, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran terbaru dalam Latihan Industri.

Selain daripada itu, latihan ini juga memperkenal diri pelajar itu sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan, dan sikap kepada majikan. Latihan ini dapat menonjolkan kebolehan pelajar untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan.

Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar itu semasa berada di Politeknik tetapi apabila pelajar itu berada dalam latihan itu berkemungkinan dia akan bertemu dengan pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi atau menghadiri mesyuarat serta menyediakan tugasan dengan pekerja asing.
 
Melalui latihan ini, pelajar tersebut dapat menangani sesuatu masalah dengan bijaksana melalui pengalaman yang telah di lalui sebelum ini. Nilai hormat- menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri para pelajar sekiranya pelajar tersebut menjalankan Latihan Industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada masa hadapan.
Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan Latihan Industri adalah:

a)  Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
b)  Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik atara pekerja dan kakitangan sesebuah organisasi.
c)   Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
d)   Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula bekerja kelak.
e)   Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
f)   Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
g)  Membina keyakinan diri.
h)  Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
i)   Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

BAB 2 - LATAR BELAKANG WISMA MPKK


SEJARAH MPKK 







    Majlis Daerah Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada 1 Januari 1980, di bawah peruntukan penyusunan semula Penguasa- penguasa Tempatan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Kuala Kangsar dan hanya mewujudkan Sungai Siput (U) sebagai cawangan untuk menjadikan Penguasa Tempatan yang besar dan kukuh. Penguasa-Penguasa Tempatan yang dimaksudkan ialah:-


    • Kuala Kangsar
    • Sungai Siput
    • Padang Rengas
    • Liman Kati
    • Salak Baru
    • Jerlun
    • Manong
    • Sauk
    • Karai
    Selaras dengan Seksyen 7(1) Akta 171 pada Julai 1997, MDKK telah mewartakan seluas 79.94 km persegi sebagai kawasan yang diperluaskan pemakaian semua Akta yang diterima pakai oleh MDKK. Kawasan MDKK mempunyai penduduk berbilang bangsa.


    Pada tahun 2000 iaitu mengikut banci 2000, jumlah penduduk di Daerah Kuala Kangsar menjangkau 154, 048 orang. Keluasan Kawasan Pentadbiran Kuala Kangsar adalah 204.94 km persegi.  Keluasan kawasan kawalan pula terdiri daripada 47.6 % daripada keluasan sebenar dan 157.3 % merupakan kawasan operasi   yang diberikan perkhidmatan perbandaran.



    Pada 18 Februari 2004, Majlis Daerah telah diberi taraf Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. MPKK berjanji menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada masyarakat. bersempena dengan motto MPKK iaitu Mengutamakan Pelanggan Komitmen Kami.



    MPKK berhasrat menjadikan Kuala Kangsar sebagai " KUALA KANGSAR INDAH PERMAI ".Bagi menjamin hasrat ini tercapai, MPKK telah membentuk matlamatnya iaitu "KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA, BANDAR WARISAN BUDAYA".



    VISI

    ”Menjadikan Kuala Kangsar Bandar DiRaja Sebagai Bandar Warisan Budaya Yang Membangun, Masyarakat Berintegriti Dan Persekitaran Yang Indah Permai”

     MISI

    • Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Tempatan Sejajar Dengan Dasar Pembangunan Ekonomi Negara  
    • Merancang Dan Mengawal Pembangunan Secara Teratur dan Ekonomik
    • Memberi Perkhidmatan Perbandaran Yang Cekap, Berkesan dan Berkualiti
    • Mewujudkan Persekitaran Yang Selamat Dan Selesa



    OBJEKTIF ORGANISASI MPKK

          i.    Berusaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui perkhidmatan yang cekap
                dan berkesan serta penyediaan kemudahan perbandaran yang baik;

         ii.   Memainkan peranan sebagai sebuah agensi (jentera) kerajaan bagi mencapai        matlamat Dasar Perbandaran Negara (DPN);

         iii.    Mengawal dan merancang pembangunan bandar sedia ada dan akan datang;

         iv.    Menggalakan pembangunan sosial, fizikal, ekonomi dan kegunaan tanah yang
                teratur melalui pelan tempatan majlis;
        
         v.    Melaksanakan pengurusan cukai taksiran;

        vi.    Menyediakan dokumen rekreasi, riadah termasuk mengindah serta
     menyelenggarakan kawasan MPKK untuk kemudahan awam;

       vii.     Mewujudkan sistem pengurusan kewangan dan pentadbiran agar berfungsi
                dengan cekap dan teratur;

       viii.    Berusaha menjadikan Kuala Kangsar sebagai ”Bandar Ilmu” dan destinasi
                pelancongan yang berkembang dan sentiasa menarik;

        ix.    Membuat kawalan perniagaan dan menyediakan ruang-ruang dan peluang
     perniagaan yang sesuai dan selesa. 



    CARTA ORGANISASI MPKK




    LOGO


    RASIONAL WARNA : -

    KUNING
    Warna Kuning ditonjolkan di sini sebagai warna utama. Dikategorikan sebagai warna panas di mana lebih bersifat dinamik dan cemerlang.
    Kecemerlangan yang disebut di sini ialah kecemerlangan MPKK dalam menjalankan tugas sebagai satu agensi pihak berkuasa tempatan yang mana turut sama membantu di dalam mengejar wawasan untuk membangunkan Daerah Kuala Kangsar menjadi daerah lebih maju.
    Warna Kuning juga merupakan warna khas Raja-Raja Melayu yang melambangkan corak pertadbiran MPKK yang efisyen disamping sesuai dengan gelaran BANDARAN DIRAJA untuk Daerah Kuala Kangsar.
    HITAM
    Warna Hitam yang digunakan di sini lebih berfungsi sebagai warna sokongan kepada warna utama. Pilihan Warna Hitam memberi maksud Keteguhan, Dedikasi, Cekap dan Sentiasa Bersedia..
    Keteguhan yang dimaksudkan di sini ialah keteguhan di dalam menjalankan perkhidmatan serta dedikasi di samping sentiasa berkhidmat sesuai dengan motto majlis iaitu 'BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT'
    BIRU
    Warna Biru biasanya dikategorikan sebagai warna-warna segar. Digunakan di sini untuk mengimbangkan warna-warna utama yang sedia ada iaitu Kuning dan Hitam.
    Selain itu, Warna Biru juga melambangkan ilmu dan pendidikan selaras dengan hasrat MPKK untuk menjadikan Daerah Kuala Kangsar sebagai Bandar Ilmu disamping menitik beratkan kesejahteraan penduduk sekitar.

    ELEMEN ASAS REKABENTUK
    Eleman asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, warna dan bentuk. Semua hasil rekabentuk terhasil dari gabungan dan aturan elemen-elemen asas ini.

    GARISAN
    Penggunaan elemen garisan di dalam rupabentuk logo MPKK lebih bersifat grafik. Gabungan warna serta imbangan secara kontras pada garisan goemetrik memberikan kesan yang dinamik pada keseluruhan rekaan.
     RUPA
    Rupa adalah bersifat dua dimensi (2D), wujud dalam ruang yang mendatar. Setiap gambaran bersifat abstrak mempunyai maksud-maksud yang tersirat. Ruang pada motif-motif yang diterapkan dalam rekabentuk baru logo MPKK ini disesuaikan dengan objektif dan wawasan semasa MPKK disamping menonjolkan landmark-landmark menarik di Daerah Kuala Kangsar.
    PERLAMBANGAN
    Eleman asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, warna dan bentuk. Semua hasil rekabentuk terhasil dari gabungan dan aturan elemen-elemen asas ini.
    PADI
    Padi merupakan makanan utama penduduk setempat. Padi juga telah menjadi makanan turun temurun disamping telah menyumbangkan ke arah sosio ekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu dan tidak luput ditelan zaman. Sumbangannya kepada ekonomi dan kepentingannya kepada sumber tenaga kepada masyarakat setempat tidak harus dilupakan.
    LINGKARAN BULAN SABIT
    Lingkaran berbentuk bulan sabit digunakan di sini sebagai bentuk asas bagi logo MPKK. Menggambarkan Agama Islam yang mana ketua pemerintah di Negeri ini iaitu Sultan, menjunjung tinggi peranan Agama dalam membentuk kehidupan yang lebih sejahtera, berkualiti dan bersih disamping menyokong imej lambang masjid yang digunakan sebagai lambang utama di dalam logo MPKK ini.
    BUKU
    Mendefinasikan Kuala Kangsar sebagai sebuah perbandaran yang berteraskan ilmu pengetahuan dengan tertubuhnya sekolah-sekolah yang sememangnya tersohor di seluruh negara terutamanya MDKK. Dari sinilah terlahirnya toloh-tokoh politik yang sememangnya banyak menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama.
    IMEJ MASJID UBUDIAH
    Memang dikenali sebagai salah satu landmark yang begitu sinonim dengan Daerah Kuala Kangsar . Masjid ini juga di antara yang tertua di Malaysia serta dikatakan sebagai antara salah satu masjid yang tercantik di dunia.
    Penggunaan imej masjid ini adalah merujuk kepada gelaran Daerah Kuala Kangsar itu sendiri yang dikenali sebagai Bandar Diraja yang mana Sultan ataupun pemerintahnya menjunjung agama Islam. Disamping itu juga, ianya menjadi salah satu landmark pelancongan yang terkemuka di Negeri Perak.
    IMEJ JAMBATAN
    Merupakan satu lagi mercu tanda Daerah Kuala Kangsar. Jambatan digunakan sebagai imej di sini sebagai menunjukkan pihak MPKK sentiasa menjalinkan hubungan mesra dengan rakyat Daerah Kuala Kangsar.
    Imej disokong oleh grafik air berwarna biru bagi menyerlahkan lagi kesemua gabungan lambang-lambang grafik yang diaplikasikan dalam lingkaran asas perlambangan logo MPKK ini.



    Fungsi & Peranan MPKK



    •       Memberi perkhidmatan perbandaran yang asas dan sesuai dengan Akta 171

    •     Menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial yang berkesan dan selaras dengan kehendak kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

    •     Merancang dan mengawal pembangunan mengikut kehendak Akta 172 & Akta 133 melalui Pelan Struktur dan Pelan Tempatan

    •   Berusaha agar dapat melahirkan satu suasana kehidupan Bandar yang ceria dantenteram melalui penyediaan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman rekreasi, perhentian bas dan perpustakaan

    •   Mempertingkatkan pengurusan dan kebersihan alam sekitar melalui kawalan perlesenan, perniagaan, kawalan lalulintas, bangunan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur

    PIAGAM PELANGGAN

    MPKK telah menggariskan 12 Piagam Pelanggan yang meliputi semua jabatan yang menjurus kepada peningkatan kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan. Piagam Pelanggan tersebut berindukkan pernyataan seperti dibawah:
    Kami berjanji bekerja dengan komitmen dan dedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke arah menjadikan Kuala Kangsar Indah Permai, janji kami adalah :-
    • Memberi perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di kawasan pusat bandar,  jalan utama,  dan  tiga kali  seminggu di kawasan perumahan
    • Pemotongan rumput dilakukan dua kali sebulan di kawasan pusat bandar, padang permainan kanak-kanak, jalan  utama, dan sebulan sekali di kawasan perumahan
    • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan perparitan awam mengikut jadual seperti berikut:
    • Longkang  Internal ( dalaman )         1 bulan sekali
    • Longkang External ( luaran )            3 bulan sekali 
    • Meluluskan permohonan lesen di dalam masa yang ditetapkan seperti berikut sekiranya semua syarat-syarat yang berkaitan dipatuhi:
    • - Lesen Iklan                                      1 hari
    • - Lesen Penjaja                                  1 hari
    • - Lesen Premis                                   1 hari
    •           - Lesen Anjing                                    Serta Merta
    •     - Lesen Kilang                                    30 hari  
    • Meluluskan pelan bangunan di dalam masa yang ditetapkan seperti berikut sekiranya semua syarat-syarat yang berkaitan dipatuhi: 
    • - Ubahsuai/pindaan bangunan               7 hari
    • - Pelan Bangunan Sesebuah                 1 bulan
    • - Sekim Perumahan/Kilang                    2 bulan 
    • Meluluskan sijil layak menduduki dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima yang mematuhi kehendak yang ditetapkan oleh Jabatan Teknikal.
    • Pengeluaran bil cukai taksiran tidak lewat dari 10 Januari dan 10 Julai setiap tahun untuk dihantar kepada pembayar cukai.
    • Memberi peluang kepada pemilik harta membuat bantahan terhadap nilai tahunan yang ditetapkan dan memberi keputusan bantahan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan surat bantahan.
    • Semua aduan yang diterima akan diberi maklum balas akuan terima aduan awam dalam tempoh 3 hari bekerja dan memberikan maklumbalas tindakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
    • Sentiasa berusaha menjadikan kawasan Majlis Perbandaran hijau dan berwarna-warni melalui program dan aktiviti landskap.
    • Sentiasa berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan awam supaya penduduk dapat menikmati kehidupan yang lengkap dalam sebuah bandar yang terancang.  


    • Menjelaskan pembayaran kepada pembekal/kontraktor dalam tempoh 10 hari dari tarikh bil dikemukakan dengan syarat dokumen adalah lengkap serta mematuhi peraturan kewangan dan kedudukan kewangan MPKK stabil.






    BAB 2.1 - LATAR BELAKANG BAHAGIAN                    TEKNOLOGI MAKLUMAT 

    PENGENALAN

    Bahagian Teknologi Maklumat merupakan satu bahagian yang menjadi tonggak utama dalam Wisma MPKK untuk terus seiring dengan dunia yang menggunakan alatan ICT yang serba canggih ini .Segala yang berkaitan dalam Wisma ini berkait rapat dengan dunia IT . Antara kegunaan bahagian IT adalah berkenaan dengan penggunaan sistem e-PBT yang menjadi sistem utama dalam Wisma ini . Sistem yang digunapakai dalam Wisma ini merupakan dibawah penyelenggaraan unit ICTSelain itu, kegunaan lain adalah masalah perisian dalam komputer serta perkakasan komputer . 



    OBJEKTIF BAHAGIAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

    •    Merancang dan menguruskan perolehan perkakasan , perisian,sistem rangkaian dan sistem aplikasi Komputer Majlis 
    •   Merancang dan menjalankan program pengkomputeran aplikasi pentadbiran Majlis .
    •   Menguruskan perolehan prasarana teknologi maklumat untuk kegunaan majlis 
    •   Mengendali dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi majlis / aplikasi negeri / aplikasi kementerian
    •   Merekabentuk sistem aplikasi untuk menyokong operasi majlis
    •   Merancang dan menguruskan program latihan ICT.
    •   Melaksanakan khidmat rundingan dan latihan
    •   Penyelarasan program komuniti antara jabatan MPKK dan orang awam .
    •   Penyelarasan bahan berita dengan media akhbar konvensional dan media baharu (media sosial) 
    •   Membantu penyelarasan budaya inovasi dan memanfaatkan idea atau produk inovatif kreatif dalam meningkatkan prestasi kualiti pengurusan dan kewangan MPKK. 


    CARTA ORGANISASI


    CARTA ORGANISASI JABATAN KHIDMAT 


    PENGURUSAN



    CARTA ORGANISASI BAHAGIAN 

    TEKNOLOGI MAKLUMAT