Tuesday, 12 April 2016


BAB 6.2 - KESIMPULAN



Setelah 20 minggu saya menjalani latihan industri di Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar,Perak , saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pelajaran dari alam pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya saya amat bangga dengan apa yang telah saya pelajari dan saya bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan industri ini dengan pengalaman yang amat berguna pada masa hadapan. Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang baru, malah ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya menjalani alam pekerjaan yang sebenar dengan lebih banyak cabaran.

     Selain itu, saya juga ingin menyatakan bahawa pembelajaran yang kita dapat semasa di politeknik adalah amat berguna untuk kefahaman kita dengan lebih mendalam . Para pelajar juga juga akan lebih rasa bersyukur kerana apa yang dipelajari di politeknik akan dipraktikkan di tempat latihan industri.Latihan Industri ini juga dapat menunjukkan cara berkumpulan(teamwork) untuk menyelesaikan masalah serta dapat juga berkongsi ilmu sesama pelajar dan staf.



     Untuk pengetahuan semua , banyak ilmu yang saya perolehi ketika menjalani program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang diterapkan dan dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti. Latihan ini banyak membimbing pelajar yang tidak mengetahui akan kos tambahan yang diambil dan dipelajari semasa di Politeknik.Jadi , untuk Diploma Teknologi Maklumat , kita perlu lah tahu dengan lebih banyak lagi. Contohnya , saya dalam bidang Pengaturcaraan .Saya perlu tahu juga akan bidang Rangkaian kerana tujuan kita ber Latihan Industri ini adalah untuk mengetahui dengan lebih luas .


Kesimpulannya, Latihan Industri sememangnya bagus untuk para pelajar kerana dapat mendedahkan pelajar dengan situasi pekerjaan yang sebenar . Di samping itu , ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan staf.

No comments:

Post a Comment