Tuesday, 12 April 2016


BAB 2 - LATAR BELAKANG WISMA MPKK


SEJARAH MPKK 







    Majlis Daerah Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada 1 Januari 1980, di bawah peruntukan penyusunan semula Penguasa- penguasa Tempatan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Kuala Kangsar dan hanya mewujudkan Sungai Siput (U) sebagai cawangan untuk menjadikan Penguasa Tempatan yang besar dan kukuh. Penguasa-Penguasa Tempatan yang dimaksudkan ialah:-


    • Kuala Kangsar
    • Sungai Siput
    • Padang Rengas
    • Liman Kati
    • Salak Baru
    • Jerlun
    • Manong
    • Sauk
    • Karai
    Selaras dengan Seksyen 7(1) Akta 171 pada Julai 1997, MDKK telah mewartakan seluas 79.94 km persegi sebagai kawasan yang diperluaskan pemakaian semua Akta yang diterima pakai oleh MDKK. Kawasan MDKK mempunyai penduduk berbilang bangsa.


    Pada tahun 2000 iaitu mengikut banci 2000, jumlah penduduk di Daerah Kuala Kangsar menjangkau 154, 048 orang. Keluasan Kawasan Pentadbiran Kuala Kangsar adalah 204.94 km persegi.  Keluasan kawasan kawalan pula terdiri daripada 47.6 % daripada keluasan sebenar dan 157.3 % merupakan kawasan operasi   yang diberikan perkhidmatan perbandaran.



    Pada 18 Februari 2004, Majlis Daerah telah diberi taraf Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. MPKK berjanji menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada masyarakat. bersempena dengan motto MPKK iaitu Mengutamakan Pelanggan Komitmen Kami.



    MPKK berhasrat menjadikan Kuala Kangsar sebagai " KUALA KANGSAR INDAH PERMAI ".Bagi menjamin hasrat ini tercapai, MPKK telah membentuk matlamatnya iaitu "KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA, BANDAR WARISAN BUDAYA".



    VISI

    ”Menjadikan Kuala Kangsar Bandar DiRaja Sebagai Bandar Warisan Budaya Yang Membangun, Masyarakat Berintegriti Dan Persekitaran Yang Indah Permai”

     MISI

    • Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Tempatan Sejajar Dengan Dasar Pembangunan Ekonomi Negara  
    • Merancang Dan Mengawal Pembangunan Secara Teratur dan Ekonomik
    • Memberi Perkhidmatan Perbandaran Yang Cekap, Berkesan dan Berkualiti
    • Mewujudkan Persekitaran Yang Selamat Dan Selesa



    OBJEKTIF ORGANISASI MPKK

          i.    Berusaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui perkhidmatan yang cekap
                dan berkesan serta penyediaan kemudahan perbandaran yang baik;

         ii.   Memainkan peranan sebagai sebuah agensi (jentera) kerajaan bagi mencapai        matlamat Dasar Perbandaran Negara (DPN);

         iii.    Mengawal dan merancang pembangunan bandar sedia ada dan akan datang;

         iv.    Menggalakan pembangunan sosial, fizikal, ekonomi dan kegunaan tanah yang
                teratur melalui pelan tempatan majlis;
        
         v.    Melaksanakan pengurusan cukai taksiran;

        vi.    Menyediakan dokumen rekreasi, riadah termasuk mengindah serta
     menyelenggarakan kawasan MPKK untuk kemudahan awam;

       vii.     Mewujudkan sistem pengurusan kewangan dan pentadbiran agar berfungsi
                dengan cekap dan teratur;

       viii.    Berusaha menjadikan Kuala Kangsar sebagai ”Bandar Ilmu” dan destinasi
                pelancongan yang berkembang dan sentiasa menarik;

        ix.    Membuat kawalan perniagaan dan menyediakan ruang-ruang dan peluang
     perniagaan yang sesuai dan selesa. 



    CARTA ORGANISASI MPKK




    LOGO


    RASIONAL WARNA : -

    KUNING
    Warna Kuning ditonjolkan di sini sebagai warna utama. Dikategorikan sebagai warna panas di mana lebih bersifat dinamik dan cemerlang.
    Kecemerlangan yang disebut di sini ialah kecemerlangan MPKK dalam menjalankan tugas sebagai satu agensi pihak berkuasa tempatan yang mana turut sama membantu di dalam mengejar wawasan untuk membangunkan Daerah Kuala Kangsar menjadi daerah lebih maju.
    Warna Kuning juga merupakan warna khas Raja-Raja Melayu yang melambangkan corak pertadbiran MPKK yang efisyen disamping sesuai dengan gelaran BANDARAN DIRAJA untuk Daerah Kuala Kangsar.
    HITAM
    Warna Hitam yang digunakan di sini lebih berfungsi sebagai warna sokongan kepada warna utama. Pilihan Warna Hitam memberi maksud Keteguhan, Dedikasi, Cekap dan Sentiasa Bersedia..
    Keteguhan yang dimaksudkan di sini ialah keteguhan di dalam menjalankan perkhidmatan serta dedikasi di samping sentiasa berkhidmat sesuai dengan motto majlis iaitu 'BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT'
    BIRU
    Warna Biru biasanya dikategorikan sebagai warna-warna segar. Digunakan di sini untuk mengimbangkan warna-warna utama yang sedia ada iaitu Kuning dan Hitam.
    Selain itu, Warna Biru juga melambangkan ilmu dan pendidikan selaras dengan hasrat MPKK untuk menjadikan Daerah Kuala Kangsar sebagai Bandar Ilmu disamping menitik beratkan kesejahteraan penduduk sekitar.

    ELEMEN ASAS REKABENTUK
    Eleman asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, warna dan bentuk. Semua hasil rekabentuk terhasil dari gabungan dan aturan elemen-elemen asas ini.

    GARISAN
    Penggunaan elemen garisan di dalam rupabentuk logo MPKK lebih bersifat grafik. Gabungan warna serta imbangan secara kontras pada garisan goemetrik memberikan kesan yang dinamik pada keseluruhan rekaan.
     RUPA
    Rupa adalah bersifat dua dimensi (2D), wujud dalam ruang yang mendatar. Setiap gambaran bersifat abstrak mempunyai maksud-maksud yang tersirat. Ruang pada motif-motif yang diterapkan dalam rekabentuk baru logo MPKK ini disesuaikan dengan objektif dan wawasan semasa MPKK disamping menonjolkan landmark-landmark menarik di Daerah Kuala Kangsar.
    PERLAMBANGAN
    Eleman asas rekabentuk terdiri dari garisan, rupa, warna dan bentuk. Semua hasil rekabentuk terhasil dari gabungan dan aturan elemen-elemen asas ini.
    PADI
    Padi merupakan makanan utama penduduk setempat. Padi juga telah menjadi makanan turun temurun disamping telah menyumbangkan ke arah sosio ekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu dan tidak luput ditelan zaman. Sumbangannya kepada ekonomi dan kepentingannya kepada sumber tenaga kepada masyarakat setempat tidak harus dilupakan.
    LINGKARAN BULAN SABIT
    Lingkaran berbentuk bulan sabit digunakan di sini sebagai bentuk asas bagi logo MPKK. Menggambarkan Agama Islam yang mana ketua pemerintah di Negeri ini iaitu Sultan, menjunjung tinggi peranan Agama dalam membentuk kehidupan yang lebih sejahtera, berkualiti dan bersih disamping menyokong imej lambang masjid yang digunakan sebagai lambang utama di dalam logo MPKK ini.
    BUKU
    Mendefinasikan Kuala Kangsar sebagai sebuah perbandaran yang berteraskan ilmu pengetahuan dengan tertubuhnya sekolah-sekolah yang sememangnya tersohor di seluruh negara terutamanya MDKK. Dari sinilah terlahirnya toloh-tokoh politik yang sememangnya banyak menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama.
    IMEJ MASJID UBUDIAH
    Memang dikenali sebagai salah satu landmark yang begitu sinonim dengan Daerah Kuala Kangsar . Masjid ini juga di antara yang tertua di Malaysia serta dikatakan sebagai antara salah satu masjid yang tercantik di dunia.
    Penggunaan imej masjid ini adalah merujuk kepada gelaran Daerah Kuala Kangsar itu sendiri yang dikenali sebagai Bandar Diraja yang mana Sultan ataupun pemerintahnya menjunjung agama Islam. Disamping itu juga, ianya menjadi salah satu landmark pelancongan yang terkemuka di Negeri Perak.
    IMEJ JAMBATAN
    Merupakan satu lagi mercu tanda Daerah Kuala Kangsar. Jambatan digunakan sebagai imej di sini sebagai menunjukkan pihak MPKK sentiasa menjalinkan hubungan mesra dengan rakyat Daerah Kuala Kangsar.
    Imej disokong oleh grafik air berwarna biru bagi menyerlahkan lagi kesemua gabungan lambang-lambang grafik yang diaplikasikan dalam lingkaran asas perlambangan logo MPKK ini.



    Fungsi & Peranan MPKK



    •       Memberi perkhidmatan perbandaran yang asas dan sesuai dengan Akta 171

    •     Menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial yang berkesan dan selaras dengan kehendak kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

    •     Merancang dan mengawal pembangunan mengikut kehendak Akta 172 & Akta 133 melalui Pelan Struktur dan Pelan Tempatan

    •   Berusaha agar dapat melahirkan satu suasana kehidupan Bandar yang ceria dantenteram melalui penyediaan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman rekreasi, perhentian bas dan perpustakaan

    •   Mempertingkatkan pengurusan dan kebersihan alam sekitar melalui kawalan perlesenan, perniagaan, kawalan lalulintas, bangunan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur

    PIAGAM PELANGGAN

    MPKK telah menggariskan 12 Piagam Pelanggan yang meliputi semua jabatan yang menjurus kepada peningkatan kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan. Piagam Pelanggan tersebut berindukkan pernyataan seperti dibawah:
    Kami berjanji bekerja dengan komitmen dan dedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke arah menjadikan Kuala Kangsar Indah Permai, janji kami adalah :-
    • Memberi perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di kawasan pusat bandar,  jalan utama,  dan  tiga kali  seminggu di kawasan perumahan
    • Pemotongan rumput dilakukan dua kali sebulan di kawasan pusat bandar, padang permainan kanak-kanak, jalan  utama, dan sebulan sekali di kawasan perumahan
    • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan perparitan awam mengikut jadual seperti berikut:
    • Longkang  Internal ( dalaman )         1 bulan sekali
    • Longkang External ( luaran )            3 bulan sekali 
    • Meluluskan permohonan lesen di dalam masa yang ditetapkan seperti berikut sekiranya semua syarat-syarat yang berkaitan dipatuhi:
    • - Lesen Iklan                                      1 hari
    • - Lesen Penjaja                                  1 hari
    • - Lesen Premis                                   1 hari
    •           - Lesen Anjing                                    Serta Merta
    •     - Lesen Kilang                                    30 hari  
    • Meluluskan pelan bangunan di dalam masa yang ditetapkan seperti berikut sekiranya semua syarat-syarat yang berkaitan dipatuhi: 
    • - Ubahsuai/pindaan bangunan               7 hari
    • - Pelan Bangunan Sesebuah                 1 bulan
    • - Sekim Perumahan/Kilang                    2 bulan 
    • Meluluskan sijil layak menduduki dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima yang mematuhi kehendak yang ditetapkan oleh Jabatan Teknikal.
    • Pengeluaran bil cukai taksiran tidak lewat dari 10 Januari dan 10 Julai setiap tahun untuk dihantar kepada pembayar cukai.
    • Memberi peluang kepada pemilik harta membuat bantahan terhadap nilai tahunan yang ditetapkan dan memberi keputusan bantahan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan surat bantahan.
    • Semua aduan yang diterima akan diberi maklum balas akuan terima aduan awam dalam tempoh 3 hari bekerja dan memberikan maklumbalas tindakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
    • Sentiasa berusaha menjadikan kawasan Majlis Perbandaran hijau dan berwarna-warni melalui program dan aktiviti landskap.
    • Sentiasa berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan awam supaya penduduk dapat menikmati kehidupan yang lengkap dalam sebuah bandar yang terancang.  


    • Menjelaskan pembayaran kepada pembekal/kontraktor dalam tempoh 10 hari dari tarikh bil dikemukakan dengan syarat dokumen adalah lengkap serta mematuhi peraturan kewangan dan kedudukan kewangan MPKK stabil.



    No comments:

    Post a Comment