Tuesday, 12 April 2016


PENGHARGAAN


Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah di berikan , akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama hampir 4bulan seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

     Ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya , Shahilawti binti Jaafar serta ayah saya , Abdul Aziz bin Mohd Noor kerana telah banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk anak-anaknya di dunia dan di akhirat.


     Saya Shazwanis binti Abdul Aziz (21DIP14F1095) dari jurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) peringkat Diploma ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Azri Hisham bin Mohd Yusoff sebagai penyelia saya di  Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) kerana dengan berbesar hatinya menerima saya untuk menjalani Latihan Industri serta memberi saya pengetahuan dan kemahiran yang sangat berguna . Sepanjang 20 minggu berada di Wisma MPKK , saya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat kerja dengan cepat berikutan layanan yang mesra daripada warga MPKK .


     Di wisma ini , saya ditempatkan di Jabatan Teknologi Maklumat . Saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Jikalau di Politeknik Balik Pulau, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di Wisma MPKK ini saya telah didedahkan dalam bentuk praktikal dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Praktikal merupakan satu cara untuk mempelajari sesuatu itu dengan lebih terperinci.


Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan laporan latihan industri ini 




Sekian , Terima Kasih .







No comments:

Post a Comment