BAB 3.1 - MINGGU 1 - MINGGU 5
MINGGU PERTAMA (30 / 11 / 2015 - 4 / 12 / 2015)
- Hari pertama lapor diri di Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pada pukul 8 pagi dan berjumpa dengan Puan Nazrah untuk semak kehadiran pelajar-pelajar praktikal dan sedikit taklimat dari beliau .
- Berkenalan dengan semua kakitangan di setiap jabatan yang ada . Dihantar kepada jabatan yang ditempatkan iaitu bahagian Teknologi Maklumat .
- Diminta untuk menulis nombor rujukan , merekod dan melampirkan surat didalam fail .
- Membantu mengemas stor barangan di bilik stor dan membantu menaip nama senarai jemputan.
- Belajar dan mencuba cara menyelenggara internet yang tidak boleh bersambung dengan PC.
- Belajar dan mencuba untuk membetulkan kesalahan pada sistem iaitu fail Admin yang tidak berfungsi .
- Membantu mengedar surat-surat rasmi yang diterima oleh Wisma ke setiap jabatan .
- Setting bilik mesyuarat iaitu memasang peralatan ICT.
- Membantu membuat carta alir penyelenggaraan tatatertib.
- Mengkaji portal rasmi MPKK.
- Mengaudit cuti-cuti pekerja.
- Menghantar memo fail meja disetiap jabatan.
MINGGU KEDUA (7 / 12 / 2015 - 11 / 12 / 2015)
- Membantu membuat carta alir .
- Belajar menguruskan P.A sistem dalam bilik mesyuarat.
- Diberi tugasan oleh Encik Azri untuk membaca dan memahami Manual Prosedur Kerja bagi Jabatan Teknologi Maklumat .
- Membantu menyusun sampul surat yang telah digunting setemnya .
- Mengikuti mesyuarat untuk 5S (Sisih , Sapu , Sentiasa Amal , Susun , Seragam) .
- Mengasingkan surat-surat yang telah dihantar ke Wisma untuk setiap jabatan .
MINGGU KETIGA (14 / 12 / 2015 - 18 / 12 / 2015)
- Membetulkan sistem e-PBT .
- Membantu untuk scan surat-surat dan masukkan ke dalam pendrive .
- Membantu melihat masalah pada printer Puan Nazrah .
- Membantu untuk mengedit dan mencetak Hasil Unit Letak Kereta .
- Telah dipanggil untuk mesyuarat bersama Ketua Jabatan , Encik Azri selaku penyelia saya .
- Telah ditugaskan untuk melabelkan fail yang ada disetiap laci .
- Ditugaskan untuk menguruskan P.A sistem dan menyediakan slide untuk mesyuarat .
- Ditugaskan ke Jabatan Perancang Bandar , Kejuruteraan , Perbendaharaan ,Khidmat Komuniti untuk meminta softcopy laporan tujuan am .
- Menyelesaikan tugas mencari 'Abstract Music Video' di Youtube untuk Malam Aspirasi di MH Hotel , Sg. Siput.
- Menghadiri mesyuarat bulanan untuk semua pekerja .
- Membantu membuat carta alir untuk fail meja .
- Belajar membetulkan server yang down.
- Membantu menelefon para temuduga untuk membuat kepastian tentang tarikh temuduga .
MINGGU KEEMPAT (21 / 12 / 2015 - 25 / 12 / 2015)
- Membantu menjadi urusetia sesi temuduga jawatan Penghantar Notis N11 dan jawatan Juruteknik Komputer.
- Dapat melihat sesi temuduga berjalan .
- Membantu menyelesaikan masalah Operating System yang lost pada PC .
- Menghandle mesyuarat OSC .Mempamerkan slide dari Jabatan OSC dan juga Jabatan Kewangan .
MINGGU KELIMA (28 / 12 / 2015 - 1 / 1 / 2016)
- Belajar untuk Checking Network Setting .
- Membetulkan sistem e-PBT pada kaunter aras G.
- Membantu bahagian Kewangan untuk membuat jurnal .
- Menginstall sistem e-PBT di PC Jabatan Kewangan .
- Membantu menghantar surat ke Jabatan OSC dan Jabatan Kesihatan .
- Membuat Pesanan Kerajaan Manual.
No comments:
Post a Comment