BAB 5 - DAPATAN DAN CADANGAN
Setelah melalui Latihan Industri, saya ingin mengemukakan beberapa komen dan cadangan bagi kepentingan dan faedah bersama terutama bagi meningkatkan prestasi para pelatih sendiri di dalam menjalani Latihan Industri ini. Komen dan cadangan saya adalah seperti berikut :
i. Usaha pihak Politeknik mewajibkan para pelajarnya menjalani Latihan Industri harus diteruskan untuk mewujudkan para pelajar yang mahir dalam bidang yang diceburi tidak kira dari aspek teori ataupun praktikal.
ii. Pihak Politeknik diharapkan dapat memanjangkan tempoh Latihan Industri memandangkan skop sesuatu kerja yang dilakukan agak luas. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali lebih mendalami skop kerja yang mereka ceburi dengan lebih berkesan.
iii. Para pelatih hendaklah sentiasa menyiapkan diri untuk menerima arahan dan amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan syarikat agar dapat menjalani Latihan Industri yang lebih berkesan dan produktif.
iv. Pihak jabatan juga diharapkan sentiasa memberi lebih pendedahan dan peluang kepada para pelatih untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Ini akan memberikan para pelatih berasa lebih berkeyakinan terutama dalam mengemukakan pendapat masing-masing.
v. Pihak Politeknik haruslah memastikan firma yang dipilih oleh pelajar tersebut memenuhi objektif latihan industri dan bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar tersebut sebelum meluluskan permohonan itu.
vi. Sebagai langkah untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang, pelajar perlulah di berikan latihan di syarikat kerajaan atau swasta yang mempunyai rekod yang cemerlang dan peralatan terkini yang mampu menarik minat pelajar dan memberi pengalaman baru kepada pelajar.
vii. Para pelajar juga hendaklah turut berganding bahu bersama-sama dengan pekerja-pekerja yang lain untuk menjayakan projek atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Dalam pada ini para pelajar hendaklah bersabar serta tidak berkecil hati dengan teguran atau kritikan yang diberikan. Sesungguhnya itu adalah merupakan cabaran dan jolokan untuk kita terus berjaya.
viii. Selain itu, pelajar juga harus peka terhadap situasi yang berlaku semasa dalam latihan industri dijalankan seperti pelatih tidak seharusnya mengharapkan seratus peratus tunjuk ajar daripada pihak penyelia atau pengawai projek tetapi sebaliknya pelajar hendaklah pandai mencari sendiri ilmu sendiri ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kreatif dalam menjalankan tugas supaya dapat memantapkan lagi diri.
ix. Menghadkan pengambilan pelajar praktikal selebih-lebihnya 4 orang pada sesuatu sesi. Ini kerana pelajar praktikal yang terlalu ramai mungkin akan menyebabkan seseorang pelajar tidak dapat belajar sepenuhnya dan tugasan yang bakal diberikan mungkin sesetengah daripada pelajar tersebut tidak mempunyai tugasan untuk dilakukan.
x. Pihak syarikat haruslah bersifat terbuka dengan semua pelajar dan tidak memilih kasih hanya kerana seseorang pelajar tersebut rapat dengan para pekerja.
Saya sebagai seorang pelajar yang telah menjalani latihan industri hanya memberi pendapat dan komen yang dirasakan berpatutan dan apa yang dirasakan . Harap cadangan saya ini dapat memberikan syarikat dan pihak politkeknik menambah baik atas apa yang diperkatakan . Sekian .
Pungkoq hang number2 apa pakyu
ReplyDelete